Wednesday, 25 November 2015

Pengenalan RBA & Hukum Ohm


Terdapat beberapa jenis wire digunakan untuk membuat wick. Setiap satunya mempunyai pro & cons masing-masing:

- Kanthal A1
- Nichrome
- Nickel
- Titanium

Saiz wire ditentukan dengan unit AWG. Semakin tinggi AWG, semakin kecil/halus wire

Contoh: 28AWG lebih kasar dari 32AWG


Jika panjang wire yang digunakan sama panjang, wire yang lebih besar mempunyai nilai ohm yang lebih rendah.

Wire besar (28AWG) = ohm rendah (wire besar akan mengurangkan rintangan kerana laluan elektrik yang besar)

Wire kecil (32AWG) = ohm tinggi (wire kecil akan menaikkan rintangan kerana laluan elektrik yang lebih sempit)


Sebagai contoh, nilai ohm boleh didapati sama jika:

gunakan wire besar 28AWG tetapi panjang = gunakan wire kecil 32AWG tetapi pendek.



Pada masa kini, terdapat banyak mod yang mempunyai features temperature control (TC) untuk mengawal dan mengekalkan performance wire untuk masa yang lebih lama.

Untuk perbandingan resistance (rintangan, ohm), panjang dan jumlah gelung akan mempengaruhi ohm.

*perbandingan menggunakan wire jenis yang sama, saiz yang sama, diameter saiz gelung yang sama
*jenis wire, saiz wire dan diameter juga mempengaruhi perbezaan ohm

Semakin banyak gelung = semakin panjang wire yang digunakan = semakin tinggi ohm

semakin banyak gelung = semakin tinggi ohm

ohm yang kurang dari 1ohm dipanggil sub ohm



Sebagai contoh (Volt kekal kepada 3.7V):

Jika 0.8ohm dan 3.7V = Watt = (3.7X3.7)/0.8 = 17.1 Watt
Jika 1.0ohm dan 3.7V = Watt = (3.7X3.7)/1.0 = 13.7 Watt
Jika 1.2ohm dan 3.7V = Watt = (3.7X3.7)/1.2 = 11.4 Watt

Jika menggunakan mod seperti mekanikal mod yang tidak boleh diubah volt, semakin tinggi ohm, semakin rendah watt yang dihasilkan. Watt ialah hasil setelah volt bertindak dengan resistant. Semakin rendah ohm, semakin tinggi watt. Ini menjadikan sub-ohm (ohm kurang dari 1 ohm) banyak menjadi pilihan pengguna sekarang, tetapi banyak perbincangan dan perdebatan tentang perbezaan bahaya sub-ohm berbandingan ohm yang lebih tinggi dari 1 ohm.



Setelah wick/coil dipasang pada tank dan mod, resistant tidak lagi boleh diubah nilai. Nilai resistant akan kekal. Nilai resistant perlu ditentukan dan hanya diubah sebelum dipasang pada tank (kadang-kala nilai ohm boleh berubah jika bentuk atau jarak gelung diubah, dirapatkan atau dijarangkan, tetapi nilai ohm tidak berubah terlalu banyak).

Setelah wick dipasang pada tank, jika mod adalah jenis boleh diubah nilai volt atau watt, kedua nilai ini bergantung antara satu sama lain.

Nilai watt naik = nilai voltage naik

Kedua-dua nilai ini akan berubah jika salah satu ditukar nilainya.

Power (Watt) mempengaruhi:

- vapor (wap)
- temperature (suhu)
- flavor (rasa)




Terdapat dua jenis bentuk atas bateri (jenis butang & jenis rata)















Bateri IMR amat dicadangkan kepada para pengguna. Ia adalah dari segi keselamatan dan performance. Kebiasaannya terdapat 2 saiz, IMR16850 dan IMR18350. Gambar di atas menerangkan kod tersebut. Huruf hujung iaitu O bermaksud bateri jenis bulat, kerana terdapat juga bateri ini yang berbentuk segi empat.

Bateri ini kebiasaannya mempunyai voltage 4.2V (max) hingga 3.7V (optimum). Jika cas secara manual, pastikan jangan cas melebihi masa kerana bateri cepat rosak. 

mah (mili ampere hour) adalah diibaratkan seperti kandungan isi bateri tersebut. ampere adalah nilai elektrik. Secara analogi, jika kita menggunakan mod 1 ampere (1000 mili ampere), untuk bateri 1000mah, kita boleh guna bateri (aktif) selama sejam. Jika bateri 2000 mili ampere, kita boleh guna bateri selama 2 jam.






1 comment:

  1. Vapesourcing is a company that produces electronic cigarettes, cartridges, e-liquids and more. The company is headquartered in China, and offers live chat, email and telephone customer service options to consumers. Buy good product in https://vapesourcing.com/ijoy-avenger-270-tc-kit-234w-with-avenger-tank.html

    ReplyDelete